Berita

Kursus Interpersonal dan Komunikasi Berkesan

Kursus Interpersonal dan Komunikasi Berkesan

Temerloh, 7 Julai 2020-Satu kursus Interpersonal dan Komunikasi Berkesan telah dijalankan pada Selasa yang lalu bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Seramai 40 peserta telah hadir mengikuti kursus tersebut dengan jayanya. Penceramah jemputan adalah daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN ) Kemaman, Terengganu. Banyak info dan ilmu yang telah dipelajari oleh peserta selama 8 jam tersebut.
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020

Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020

Temerloh, 2 Julai 2020-Warga Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh menyokong sepenuhnya Kempen Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 yang akan bermula pada 7 Julai 2020. Banci 2020 adalah banci keenam sejak penubuhan Malaysia. Tujuan banci ialah mendapatkan stok penduduk dan perumahan yang komprehensif secara terperinci. Maklumat banci amatlah penting kerana digunakan untuk perancangan dan pembentukan polisi kerajaan bagi tujuan pembangunan dan kesejahteraan rakyat pada masa hadapan.
Cabutan Kerja Undi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh

Cabutan Kerja Undi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh

Temerloh, 2 Jun 2020-Satu majlis Cabutan Kerja Undi telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh pada Selasa,2 Jun 2020 jam 9.30 pagi.Sesi cabutan undi kali ini menggunakan cabutan undian secara Facebook Live daripada page rasmi PDT Temerloh memandangkan kerajaan masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Majlis telah berjalan dengan lancar dan aman serta telus. Seramai 1000 penonton Facebook Live turut serta menyaksikan majlis cabutan kerja undi tersebut. Tahniah diucapkan kepada para kontraktor yang telah berjaya dipilih.
Kaunter PDT Mula Beroperasi

Kaunter PDT Mula Beroperasi

Temerloh, 6 Mei 2020-Kaunter Hasil dan Pendaftaran telah mula beroperasi sejak 6 Mei 2020, Rabu yang lalu. Setiap pelanggan dikehendaki membuat saringan kesihatan di Lobi Utama sebelum membuat urusan di kaunter berkenaan. Kaunter hanya dibuka pada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja atas urusan tertentu bagi mengelakkan orang ramai datang bersesak di PDT Temerloh.
Perubahan Waktu Operasi Pusat Kawalan Operasi Bencana

Perubahan Waktu Operasi Pusat Kawalan Operasi Bencana

Temerloh, 27 April 2020 - Berikutan situasi terkini bilangan kes COVID-19 di Daerah Temerloh yang telah bertambah baik, waktu operasi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Temerloh akan dipendekkan dari beroperasi selama 24 jam kepada 7 jam iaitu bermula jam 10.00 pagi hingga ke 5.00 petang.
Agihan Sumbangan Sempena Ramadhan kepada Ahli Kelab Sinar Gemilang

Agihan Sumbangan Sempena Ramadhan kepada Ahli Kelab Sinar Gemilang

Temerloh, 24 April 2020-Program Agihan Sumbangan Sempena Menyambut Ramadhan telah diadakan di perkarangan Blok A, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh tepat jam 9.00 pagi. Sumbangan ini diberikan kepada semua ahli Kelab Sinar Gemilang PDT Temerloh. Pegawai Daerah juga turut serta dalam membantu mengagihkan sumbangan tersebut. Sumbangan adalah berupa sekotak kurma dan wang bantuan diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu ahli-ahli kelab sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 1740 kali.


Kembali ke Atas