Pengumuman

Temujanji Kaunter Pendaftaran Tanah

01/03/2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian..

Memandangkan kes positif Covid-19 yang masih belum menunjukkan kadar penurunan khususnya di luar Negeri Pahang, semua pelanggan terutamanya dari Zon Merah Dan Kuning yang hendak berurusan di kaunter Unit Pendaftaran Tanah, Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh diwajibkan mendaftar dan menunjukkan kepada petugas kaunter saringan di Blok A/B perkara-perkara di bawah :-

1. Tarikh Temujanji yang telah ditetapkan oleh Unit Pendaftaran Tanah, Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh, (Tarikh Temujanji boleh dibuat melalui panggilan telefon ke Unit Pendaftaran Tanah di talian 09-2901313)

2. Keputusan Swab Test Covid-19 yang terkini dari fasiliti yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sekiranya urusan tersebut boleh dibuat pada waktu yang lain, tuan/puan dinasihatkan untuk menangguhkannya sehingga kebolehjangkitan wabak Covid-19 boleh dikawal kembali.

Segala kerjasama dan keprihatinan tuan/puan amatlah dihargai demi keselamatan, kesihatan semua dalam cabaran kita menghadapi pandemik Covid-19 ini. Bersama-samalah kita berjuang memutuskan rantaian Covid-19.

Sekian, terima kasih

Dengan arahan,
Pegawai Daerah Temerloh

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 687 kali.


Kembali ke Atas