Piagam Pelanggan

Kami Pegawai dan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh berjanji akan :

1. Menjelaskan semua tuntutan bil-bil dan invois yang sempurna dalam tempoh 14 hari;

2. Menyempurnakan pembinaan projek-projek kecil (PIA/PIAS/PEKA/PAMS/keagamaan/peruntukan Ahli Parlimen/PBR/Dana Khas) dalam tahun kewangan  berkenaan;

3. Memproses permohonan Lesen Pendudukan Sementara dan permohonan Perizapan Tanah Kerajaan dalam tempoh 2 bulan (di bawah kuasa Pentadbir Tanah  dan 12 bulan (untuk lain-lain kuasa);

4. Menyempurnakan pendaftaran Hakmilik Kekal dalam tempoh 30 hari;

5. Menyempurnakan pendaftaran Urusniaga Tanah dalam tempoh 1 hari;

6. Menyempurnakan pendaftaran Bukan Urusniaga Tanah dalam tempoh 28 hari bekerja;

7. Memproses permohonan Kebenaran Pindahmilik/Menggadai/Pajakan Tanah 

i) Pemberian Kasih Sayang kepada suami-isteri dan anak beranak termasuk waris kadim dan bukan waris kadim bagi hakmilik Pejabat Tanah dan hakmilik Pendaftar diluluskan di peringkat Pentadbir Tanah dalam tempoh 1 hingga 2 hari bekerja;

ii) Individu atau syarikat dalam kategori Melayu kepada Melayu, Bukan Melayu kepada Bukan Melayu dan Bukan Melayu kepada Melayu bagi hakmilik Pejabat Tanah diluluskan di Peringkat Pentadbir Tanah manakala hakmilik Pendaftar diluluskan di Peringkat Pendaftar dalam tempoh 10 hari bekerja;

iii) Permohonan rayuan kebenaran pindahmilik, gadaian dan pajakan (tidak termasuk Melayu kepada Bukan Melayu) bagi hakmilik Pejabat Tanah diluluskan di peringkat Pentadbir Tanah manakala bagi hakmilik Pendaftar diluluskan di peringkat Pendaftar dan keputusan bagi permohonan yang lengkap akan dikeluarkan dalam tempoh 10 hari berkerja

8. Memproses permohonan Baru Permit Bahan Batuan Tahunan (Permit 4B dan 4C) dalam tempoh 6 bulan;

9. Memproses permohonan Memperbaharui Permit Bahan Batuan Bulanan (Permit 4C) dalam tempoh 7 hari bekerja;

10. Menyelesaikan penerimaan semua jenis hasil dalam tempoh 20 minit;

11. Menyelesaikan permohonan Tukar Syarat Tanah daripada Pertanian kepada Pertanian dalam tempoh 2 bulan;

12. Menyelesaikan permohonan Serahbalik dan Berimilik Semula Tanah dalam tempoh 12 bulan;

13. Menyelesaikan permohonan Pecah Sempadan/Bahagian/Penyatuan Tanah dalam tempoh 6 bulan;

14. Menyelesaikan permohonan Serahbalik Semua/Sebahagian Tanah dalam tempoh 6 bulan;

15. Menyelesaikan permohonan dan memperbaharui Lesen Minuman yang Memabukkan dalam tempoh 3 bulan; dan

16. Memproses Aduan pelanggan dalam tempoh 15 hari bekerja.


Tarikh Kemaskini: 11/01/2021 10:42:31

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 389 kali.


Kembali ke Atas