Berita

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Parlimen Kuala Krau Daerah Temerloh

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) Parlimen Kuala Krau Daerah Temerloh

Temerloh,28 Januari 2020-Satu majlis penyampaian watikah perlantikan JKKK Parlimen Kuala Krau, Temerloh telah diadakan pada Selasa lalu tepat jam 6.00 petang. Majlis ini berlangsung di Kediaman ADUN Kerdau iaitu YB. Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad dengan jayanya. Pegawai Daerah Temerloh juga turut hadir di dalam majlis tersebut.
Taklimat Pindaan Cukai Tanah 2020

Taklimat Pindaan Cukai Tanah 2020

Temerloh, 17 Januari 2020-Satu taklimat telah diadakan bagi menerangkan maklumat terbaru mengenai Pindaan Cukai Tanah tahun 2020 bertempat di Bilik Gerakan PDT Temerloh tepat jam 10.00 pagi. Seramai 100 orang pelanggan telah hadir bagi mendengar sesi taklimat tersebut. Pegawai Daerah Temerloh juga turut serta di dalam taklimat ini. Pelanggan juga dialu-alukan untuk membuat kiraan cukai tanah terbaru secara manual di kaunter yang disediakan.
Istiadat Pertabalan Agong ke-16

Istiadat Pertabalan Agong ke-16

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai 2019 mempunyai signifikan tersendiri, bukan sahaja bagi Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, bahkan kepada seluruh rakyat Malaysia.
Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh

TEMERLOH, 14 Ogos 2018- Pada hari Selasa yang lepas telah diadakan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Majlis ini dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Muhammad Safian bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Majlis ini meraikan pegawai yang bertukar, Anugerah Pekerja Contoh Suku Tahun Pertama dan Kedua 2018, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 dan pegawai yang bersara tahun 2018. Majlis yang bertempat di Dewan Tun Razak itu telah berjalan dengan lancar dan meriah kerana adanya jemputan khas iaitu Indra Band daripada Kuantan. Majlis tamat pada jam 1.00 petang.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 447 kali.


Kembali ke Atas