Berita

Audit Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah 2019

Audit Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah 2019

Temerloh, 18 Jun 2019-Audit Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah 2019 telah diadakan pada 18 hingga 19 Jun 2019 bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Seramai 6 orang auditor telah datang untuk melakukan pengauditan di PDT Temerloh. Pembukaan sesi audit bermula tepat jam 10.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Sesi audit telah berjalan dengan lancar.
Majlis Khatam Al-Quran Anjuran Kelab Sinar Gemilang

Majlis Khatam Al-Quran Anjuran Kelab Sinar Gemilang

Temerloh, 28 Mei 2019-Majlis khatam Al-Quran telah diadakan di Bilik Gerakan Blok A, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Majlis ini diketua oleh Imam Masjid Baru Abu Bakar, Temerloh. Program ini diadakan setelah tamatnya tadarus Al-Quran yang disertai oleh 34 orang kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Seusai tamat ceramah, majlis diteruskan dengan sumbangan daripada Kelab Sinar Gemilang kepada setiap peserta tadarus Al-Quran.
Program Pemantapan Modul Insan Anjuran Kelab Sinar Gemilang sempena Ramadhan

Program Pemantapan Modul Insan Anjuran Kelab Sinar Gemilang sempena Ramadhan

Temerloh, 3 Mei 2019-Satu majlis ceramah telah diadakan di Bilik Gerakan Blok A, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh pada Jumaat yang lepas. Program ini diadakan bersempena menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi. Seramai 60 orang kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh menghadiri majlis ini bersama Pegawai Daerah Temerloh. Seusai tamat ceramah, majlis diteruskan dengan pemberian kurma sumbangan Kelab Sinar Gemilang.
Majlis Apresiasi Kecemerlangan dan Sanjungan Budi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh

Majlis Apresiasi Kecemerlangan dan Sanjungan Budi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh

Temerloh, 24 April 2018-Majlis Apresiasi Kecemerlangan dan Sanjungan Budi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh telah diadakan di Dewan Tun Razak, Temerloh. Majlis dimulakan dengan persembahan inang dan zapin daripada Kumpulan Penderasianz iaitu pelajar sekolah rendah SK Penderas, Kuala Krau dan majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Daerah Temerloh. Seramai 14 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2018, 2 orang Pekerja Contoh dan 7 orang yang bersara pada tahun ini.
Program Jom Baca Bersama untuk 10 minit

Program Jom Baca Bersama untuk 10 minit

Temerloh, 23 April 2019-Program jom baca bersama untuk 10 minit ini adalah program bersama jabatan di negeri Pahang. Program ini diadakan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk membaca. Warga PDT Temerloh juga telah menyahut seruan ini dengan meluangkan masa untuk membaca buku dan ilmiah pada hari tersebut di setiap unit masing-masing diketuai oleh Ketua Bahagian dan Ketua Unit.
Kursus Asas Pemasangan dan Penyelenggaraan Komputer

Kursus Asas Pemasangan dan Penyelenggaraan Komputer

TEMERLOH,12 Mac 2019-Satu kursus telah diadakan di Kolej Komuniti Temerloh iaitu Kursus Asas Pemasangan dan Penyelenggaraan Komputer. Seramai 20 orang peserta dari pelbagai jawatan turut hadir dalam kursus ini. Tenaga pengajar adalah daripada Kolej Komuniti Temerloh iaitu En Mohd Nor Hafiz bin Sawandi telah memberikan tunjuk ajar mengenai perkakasan komputer dan instalasi Windows 10.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 189 kali.


Kembali ke Atas