Berita

Hari Kelepasan Am Negeri Pahang

Hari Kelepasan Am Negeri Pahang

HARI KELEPASAN AM PADA 30 DAN 31 JULAI 2019 Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang, menerusi mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri pada 12 Jun lepas, telah memutuskan agar Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri Pahang ditetapkan selama dua hari pada 30 dan 31 Julai 2019 (Selasa & Rabu). Ia adalah bersempena dengan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai juga ialah Hari Pertabalan Baginda sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Oleh kerana dua peristiwa yang berbeza jatuh pada hari yang sama tersebut, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk memberikan Hari Kelepasan Am pada kedua-dua hari berkenaan sebagai menandakan peri mustahaknya.
Majlis Penyerahan Bantuan Bencana Akibat Ribut Kampung Haji Ali

Majlis Penyerahan Bantuan Bencana Akibat Ribut Kampung Haji Ali

Temerloh,3 Julai 2019-Susulan kejadian bencana ribut yang berlaku di Daerah Temerloh pada 17 Jun 2019 yang lalu, pihak Angkatan Tentera Malaysia telah menyumbangkan khidmat bakti membaiki rumah-rumah yang rosak dilanda ribut tersebut. Kerja-kerja pembaikan ini melibatkan tujuh lokasi di sekitar Kampung Haji Ali, Temerloh. Kerja-kerja baikpulih yang telah dilaksanakan oleh Pasukan 11 Skuadron RAJD Mekanize dijadualkan selama 14 hari namun telah dapat disiapkan sehari lebih awal pada 2 Julai 2019, jam 5.40 petang. Pada hari ini, 3 Julai 2019, pihak ATM telah menyerahkan projek kepada Pegawai Daerah Temerloh, YH. Dato' Azlan bin Mohd Yaman pada jam 10.00 pagi.
Majlis Jasamu Dikenang

Majlis Jasamu Dikenang

Temerloh, 28 Jun 2019-Majlis Jasamu Dikenang anjuran Kelab Sinar Gemilang, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh telah diadakan tepat jam 8.45 pagi di Bilik Gerakan PDT Temerloh. Majlis ini diadakan adalah untuk meraikan Penolong Pegawai Daerah iaitu En. Mohd Iqbal bin Zainal Abidin yang akan bertukar ke Pejabat Daerah dan Tanah Bera. Pegawai Daerah juga turut hadir di dalam majlis tersebut.
Majlis Jamuan Hari Raya 2019 Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Temerloh

Majlis Jamuan Hari Raya 2019 Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Temerloh

Temerloh, 25 Jun 2019-Majlis Jamuan Hari Raya telah diadakan di Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh pada jam 10.00 pagi. Majlis ini turut disertai oleh Jabatan Hutan dan Jabatan Pengairan dan Saliran bagi memeriahkan jamuan ini. Menu jamuan kali ini ialah kambing golek, nasi tomato, nasi goreng, mee goreng,ayam goreng dan pelbagai menu lain lagi. Ketua-ketua dan wakil daripada jabatan sekitar daerah Temerloh juga turut hadir ke majlis ini. Majlis telah berjalan dengan lancar dan bersurai tepat jam 1.00 petang.
Majlis Pengurniaan Sumbangan kepada Mangsa Ribut Daerah Temerloh

Majlis Pengurniaan Sumbangan kepada Mangsa Ribut Daerah Temerloh

Temerloh, 21 Jun 2019-Keberangkatan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke Daerah Temerloh bagi Majlis Pengurniaan Sumbangan Kepada Mangsa Ribut Daerah Temerloh disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Jumaat yang lalu.
Penutupan Audit Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah 2019

Penutupan Audit Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah 2019

Temerloh, 19 Jun 2019-Majlis Penutup Audit Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah 2019 telah diadakan pada 19 Jun 2019 bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh tepat jam 11.00 pagi. Ketua pasukan auditor telah memberikan ulasan dan penemuan hasil pengauditan selama 2 hari di Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Pegawai Daerah Temerloh turut hadir di dalam sesi penutup ini. Sesi penutup tamat pada jam 12.15 tengahari.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 189 kali.


Kembali ke Atas