Berita

Program Pembungkusan Topeng Muka Daerah Temerloh

Program Pembungkusan Topeng Muka Daerah Temerloh

Temerloh, 10 April 2020-Satu program membungkus topeng muka telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh pada 10 April 2020 hingga 11 April 2020. Seramai 20 orang kakitangan PDT Temerloh telah menyumbangkan tenaga untuk sesi pembungkusan topeng muka. Topeng muka yang telah siap dibungkus akan diedarkan kepada isirumah sekitar daerah ini.
Program Sanitasi PDT Temerloh

Program Sanitasi PDT Temerloh

Temerloh, 7 April 2020-Satu program sanitasi seluruh Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh telah diadakan pada 7 April 2020 hingga 10 April 2020. Program ini dijayakan oleh pembantu pencuci kontrak pihak JKR Temerloh seramai 5 orang. Sanitasi bermula di Blok A iaitu Bahagian Pengurusan Daerah, seterusnya Blok B dan C serta sekitar bangunan PDT Temerloh. Diharapkan sanitasi ini dapat membantu mencegah Covid 19 dan kebersihan sekitarnya.
Program Penyampaian Sumbangan kepada Peniaga Bazar Kuala Semantan Temerloh

Program Penyampaian Sumbangan kepada Peniaga Bazar Kuala Semantan Temerloh

Temerloh, 28 Mac 2020-Satu program bantuan telah diadakan secara drive thru di Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh telah diadakan pada Sabtu yang lalu. Program ini menyasarkan para peniaga bazar Kuala Semantan yang telah kehilangan punca pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19.Syarikat Tunas Manja Group (TMG) telah diarahkan untuk menyediakan barangan bantuan tersebut.Diharapkan sumbangan bantuan ini dapat membantu para peniaga dalam menghadapi keadaan semasa ini.
Majlis Apresiasi Kecemerlangan Tahun 2019 dan Sanjungan Budi

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Tahun 2019 dan Sanjungan Budi

Temerloh, 12 Mac 2020-Majlis Apresiasi Kecemerlangan Tahun 2019 dan Sanjungan Budi Dato Razihan bin Adzharuddin telah diadakan dengan meriah di Dewan Ckin Anggun, Mentakab tepat jam 8.30 malam. Seramai 15 penerima Anugerah Pekerja Cemerlang tahun 2019 diraikan pada majlis tersebut. Disusuli juga dengan penerima Anugerah Pekerja Contoh,Pegawai Bersara dan Pegawai Wakil Mesyuarat Bersama Jabatan. Majlis bersurai pada jam 10.45 malam dengan jayanya. Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah.
Program Pelepasan Petronas Le Tour De Langkawi Peringkat Temerloh-Kuala Lumpur

Program Pelepasan Petronas Le Tour De Langkawi Peringkat Temerloh-Kuala Lumpur

Temerloh, 9 Februari 2020-Program pelepasan Le Tour De Langkawi telah berlangsung dengan jayanya pada Ahad yang lalu bertempat di Dataran Temerloh. Jadual perjalanan yang bermula dari daerah Temerloh menuju ke Kuala Lumpur yang akan melalui beberapa daerah yang lain sehingga pada kemuncaknya pada 14 Februari di Dataran Lang, Langkawi , Kedah Darul Aman.
Keberangkatan KDYMM Pemangku Raja Pahang bagi Lawatan Tidak Rasmi ke Temerloh

Keberangkatan KDYMM Pemangku Raja Pahang bagi Lawatan Tidak Rasmi ke Temerloh

Temerloh, 8 Februari 2020-Satu lawatan tidak rasmi ke sekitar lokasi di daerah Temerloh oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang pada Sabtu yang lalu. Antara tempat dilawati ialah Pekan Sehari Temerloh, Sungai Pahang, Sangkar Ikan Patin,Bengkel Ukiran Kayu dan lain-lain lagi. Turut serta di dalam lawatan ialah Pegawai Daerah Temerloh yang baru ialah Dato Ali Syahbana bin Sabaruddin.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 349 kali.


Kembali ke Atas