Berita

Kursus Produktiviti dan Inovasi

Kursus Produktiviti dan Inovasi

Temerloh, 18 November 2020-Kursus Produktiviti dan Inovasi telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Gerakan PDT Temerloh tepat jam 8.30 pagi. Penceramah ialah En Hazrul Hisham bin Ghazali daripada Kementerian Pembangunan Wanita Negeri Pahang. Seramai 25 orang kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh telah hadir menyertai kursus ini. Kursus Produktiviti dan Inovasi telah bersurai pada jam 12.30 tengah hari dengan jayanya.
Taklimat Tatacara Pengurusan Aset

Taklimat Tatacara Pengurusan Aset

Temerloh, 12 November 2020 - Satu Taklimat Tatacara Pengurusan Aset telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Gerakan PDT Temerloh bermula pada jam 8.30 pagi. Seramai 30 orang kakitangan telah hadir bagi mengikuti taklimat ini. Penceramah ialah Puan Siti Aisah bt Mohamad Daud, Penolong Pegawai Tadbir, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Beliau merupakan Pegawai Aset di jabatan ini. Pelbagai ilmu berkenaan aset telah disampaikan antaranya cara penerimaan dan pelupusan aset. Taklimat telah tamat pada jam 12.30 tengah hari dengan jayanya.
Program Pengukuhan Integriti Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh

Program Pengukuhan Integriti Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh

Temerloh, 10 November 2020-Program Pengukuhan Integriti Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh telah diadakan di Bilik Gerakan PDT Temerloh. Program ini dijalankan bagi memupuk sikap integriti dan anti rasuah di kalangan penjawat awam khususnya. Penceramah terdiri daripada Jabatan Penjara Malaysia dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia . Pelbagai pengalaman dan intipati telah diperdengarkan kepada para peserta yang hadir mengikuti program tersebut. Seramai 25 orang kakitangan hadir menyertai program ini semalam. Program telah bersurai pada jam 1.00 tengah hari dengan jayanya.
Bengkel Pengurusan Stress Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh

Bengkel Pengurusan Stress Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh

Temerloh, 9 November 2020-Bengkel Pengurusan Stress Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Penceramah ialah Dato’ Dr Hj Lazli bin Bakar, Pakar Psikiatri & Kesihatan Mental, Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh. Seramai 20 orang peserta telah hadir bagi menjayakan bengkel ini. Peserta bengkel telah diajar cara-cara menangani stress atau tekanan di tempat kerja khususnya. Penceramah juga sempat memberikan tunjuk ajar teknik urutan mudah bagi menghilangkan tekanan semasa bekerja. Bengkel ini telah bersurai pada jam 1.00 petang dengan lancar.
Bengkel Pelupusan Rekod dan Klasifikasi Fail

Bengkel Pelupusan Rekod dan Klasifikasi Fail

Temerloh, 4 November 2020-Satu Bengkel Pelupusan Rekod dan Klasifikasi Fail telah diadakan pada 3 hingga 4 November 2020 bertempat di Bilik Gerakan dan Bilik Stor Fail Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Penceramah ialah Puan Syazwani binti Mohd Salleh daripada Jabatan Arkib Negara. Seramai 40 peserta telah menyertai bengkel ini dan menimba ilmu berkaitan dengan pelupusan fail dan rekod. Pihak Arkib juga banyak berkongsi pengalaman sewaktu mengendalikan proses pelupusan tersebut. Bengkel telah bersurai pada jam 1.00 petang dengan jayanya.
Anugerah Pengurusan Aduan SISPAA Negeri Pahang Tahun 2020

Anugerah Pengurusan Aduan SISPAA Negeri Pahang Tahun 2020

Temerloh, 19 Oktober 2020-Satu sesi pemerkasaan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) telah diadakan di Swiss Garden Beach Resort, Kuantan pada 14 Oktober yang lalu. Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh telah terpilih menerima Anugerah Pengurusan Aduan SISPAA Negeri Pahang Tahun 2020 di dalam kategori Unggul yang bermaksud jabatan yang proaktif dalam menggunakan sistem ini dan telah memberikan respon kepada pelanggan terbaik. Selain itu juga, jabatan ini menerima Anugerah Keseluruhan Terbaik selain daripada 6 agensi yang lain termasuk Majlis Perbandaran Temerloh. Anugerah disampaikan oleh Pengarah BPA Pahang, Encik Mohd Fadzlee bin Mat Yassin.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 465 kali.


Kembali ke Atas