Berita

Taklimat Tatacara Pengurusan Aset

Norhamera

Temerloh, 12 November 2020 - Satu Taklimat Tatacara Pengurusan Aset  telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Gerakan PDT Temerloh bermula pada jam 8.30 pagi. Seramai 30 orang kakitangan telah hadir bagi mengikuti taklimat ini. Penceramah ialah Puan Siti Aisah bt Mohamad Daud, Penolong Pegawai Tadbir, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Beliau merupakan Pegawai Aset di jabatan ini. Pelbagai ilmu berkenaan aset telah disampaikan antaranya cara penerimaan dan pelupusan aset. Taklimat telah tamat pada jam 12.30 tengah hari dengan jayanya.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 9 kali.


Kembali ke Atas