Berita

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Temerloh

Norhamera

Temerloh, 31 Ogos 2020-Satu program telah diadakan bagi menyambut kemerdekaan kali yang ke 63 tahun ini . Program Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Temerloh diadakan di Dewan Dato' Zaharuddin Abu Kassim, Peragap , Temerloh tepat jam 8.00 pagi. Pegawai Daerah Temerloh turut hadir bagi menjayakan program yang disambut secara bersederhana ini disebabkan kerajaan masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).Jabatan yang turut serta ialah Polis, Askar, Bomba dan Penyelamat, Pejabat Kesihatan Temerloh, Unit Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Temerloh dan lain lagi. Program bermula dengan mendengar Perutusan Menteri Besar Pahang kemudian disusuli ikrar dan lagu patriotik. Program telah tamat pada jam 9.00 pagi dengan jayanya.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 3 kali.


Kembali ke Atas