Berita

Penutupan Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh

Norhamera

Temerloh, 8 Oktober 2020-Sistem Penarafan Bintang (SSR) Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh telah melabuhkan tirainya setelah sesi pengauditan dijalankan pada 07 Oktober 2020. Sesi penyemakan fail telah dijalankan di Bilik Gerakan PDT Temerloh bermula jam 9.30 pagi hingga 5.00 petang. Seramai 6 orang penilai telah menyertai audit pada kali ini yang diketuai oleh Encik Zukri bin Sidek. Kesemua petugas audit telah memberikan komitmen semasa berlangsungnya sesi pengauditan ini. Tepat jam 10.30 pagi , penilai telah membacakan laporan dan markah hasil pengauditan mereka. Tahniah kepada PDT Temerloh kerana telah mendapat 5 bintang.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 2 kali.


Kembali ke Atas