Berita

Pelaksanaan Hari e-CENSUS Penjawat Awam

Norhamera

Temerloh, 9 September 2020-Satu program pelaksanaan Hari e-CENSUS telah dijalankan oleh penjawat awam di sekitar Negeri Pahang. Kakitangan PDT Temerloh juga tidak ketinggalan untuk menyertai Hari e-CENSUS ini. Kaunter Pertanyaan Banci juga turut diadakan di perkarangan lobi utama PDT Temerloh yang bermula pada jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengahari tadi. Jabatan ini menyambut baik saranan Hari Banci oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi memberikan maklumat yang tepat dan dapat memberi impak positif kepada kerajaan. Kakitangan menjawab soalan banci melalui dalam talian di ruang kerja masing-masing.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 8 kali.


Kembali ke Atas