Berita

Kursus Pemantapan Nilai Etika Perkhidmatan Awam

Norhamera

Temerloh, 21 Julai 2020-Satu kursus Pemantapan Nilai Etika Perkhidmatan Awam telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh semalam. Seramai 30 orang peserta telah hadir bagi menjayakan kursus dalaman tersebut. Penceramah ialah En. Rizal bin Mustafa dan En. Ahmad Zuki bin Mohamad daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang. Kesemua peserta kursus bersemangat dan mendengar dengan teliti arahan dan mengikuti permainan yang telah dianjurkan semasa kursus ini  berlangsung. Kursus tamat pada jam 5.00 petang dengan jayanya.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 2 kali.


Kembali ke Atas