Berita

Bengkel Pengurusan Stress Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh

Norhamera

Temerloh, 9 November 2020-Bengkel Pengurusan Stress Pejabat Daerah Dan Tanah Temerloh telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Penceramah ialah Dato’ Dr Hj Lazli bin Bakar, Pakar Psikiatri & Kesihatan Mental, Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh. Seramai 20 orang peserta telah hadir bagi menjayakan bengkel ini. Peserta bengkel telah diajar cara-cara menangani stress atau tekanan di tempat kerja khususnya. Penceramah juga sempat memberikan tunjuk ajar teknik urutan mudah bagi menghilangkan tekanan semasa bekerja. Bengkel ini telah bersurai pada jam 1.00 petang dengan lancar.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 9 kali.


Kembali ke Atas