Berita

Bengkel Pelarasan Persediaan Audit Sistem Penarafan Bintang (SSR)

Norhamera

Temerloh, 21 September 2020-Satu bengkel pelarasan persediaan Audit Penarafan Bintang (SSR) telah diadakan pada jam 9.00 pagi di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan kakitangan jabatan ini bersiap sedia dengan audit yang bakal dijalankan pada 7 hingga 8 Oktober 2020 nanti. Setiap kakitangan harus menyediakan fail auditan dengan lengkap bersama sampling tertentu sekiranya perlu berdasarkan soalan audit. Jabatan mengambil bahagian di dalam Audit Penarafan Bintang ini adalah bagi mengiktiraf jabatan ini telah melakukan tugasan hakiki dengan betul berdasarkan Pekeliling dan tatacara kerja yang ditetapkan oleh kerajaan. 

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 7 kali.


Kembali ke Atas