Berita

Aktiviti Pemusnahan Rekod Awam Unit Pentadbiran, Pembangunan Tanah Dan Kuatkuasa PDT Temerloh

Norhamera

Temerloh, 18 Disember 2020- Aktiviti Pemusnahan Rekod Awam Unit Pentadbiran, Pembangunan Tanah Dan Kuatkuasa PDT Temerloh telah dijalankan pada hari ini di lokasi Dandang Maran Road Sawmill Sdn Bhd, Temerloh. Aktiviti ini diadakan adalah bertujuan mengikut tatacara pelupusan rekod yang betul dan sempurna daripada Arkib Negara. Seramai 10 orang kakitangan jabatan ini telah mengembleng tenaga bagi membantu dokumen ini dimusnahkan dengan teratur. Pemusnahan secara menjadikan dokumen bahan bakar dipilih pada kali ini. Aktiviti Pemusnahan Rekod Awam bermula pada jam 9.00 pagi dan selesai pada jam 11.00 pagi dengan jayanya.

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 5 kali.


Kembali ke Atas