Arkib Berita

Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Negeri Pahang

Sambutan Hari AIDS Sedunia Peringkat Negeri Pahang

TEMERLOH, 4 Disember 2018-Sambutan Hari AIDS telah diadakan di Dewan Tun Razak, Temerloh telah dirasmikan oleh YB Dr. Lee Boon Chye, Timbalan Menteri Kesihatan. Terdapat juga ceramah, nyanyian selebriti, pemeriksaan kesihatan, pameran dan masakan sihat bersama Chef Dato' Ismail.
Majlis Perjumpaan YB Setiausaha Kerajaan Pahang bersama Kakitangan PDT Temerloh

Majlis Perjumpaan YB Setiausaha Kerajaan Pahang bersama Kakitangan PDT Temerloh

TEMERLOH, 31 Oktober 2018-Majlis Perjumpaan YB Setiausaha Kerajaan Pahang bersama kakitangan PDT Temerloh telah diadakan di Dewan Tun Razak, Temerloh. Majlis ini diadakan sempena menyambut kedatangan Pegawai Daerah Temerloh yang baru iaitu Dato Azlan bin Mohd Yaman.
Program Tahlil dan Ceramah Maalhijrah Anjuran Kelab Sinar Gemilang

Program Tahlil dan Ceramah Maalhijrah Anjuran Kelab Sinar Gemilang

TEMERLOH, 5 Oktober 2018-Program Tahlil dan Ceramah Maalhijrah 1440H/2018M telah diadakan pada Jumaat yang lalu. Program ini dianjurkan oleh Kelab Sinar Gemilang bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh pada jam 8.30 pagi. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nor Yatim dari Pejabat Agama Islam Temerloh.
Majlis Apresiasi Sekalung Budi Pegawai Daerah Temerloh

Majlis Apresiasi Sekalung Budi Pegawai Daerah Temerloh

TEMERLOH, 24 September 2018-Pada hari Isnin yang lalu telah diadakan Majlis Apresiasi Sekalung Budi YH Dato Pegawai Daerah sempena kenaikan pangkat dan pertukaran beliau. Majlis tersebut diadakan di Dewan Tun Razak Temerloh. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati daripada jabatan di daerah Temerloh.
Kuliah Perdana Sempena Aidiladha

Kuliah Perdana Sempena Aidiladha

TEMERLOH, 26 Ogos 2018-Majlis Kuliah Perdana sempena Aidiladha telah diadakan di Masjid Kampung Pulau Pasir Mandi pada Ahad yang lalu. Tetamu jemputan ialah Ustaz Haji Badli Shah bin Haji Alauddin. Majlis ini diadakan dengan kerjasama Masjid Kampung Pulau Pasir Mandi dan Pusat Khidmat DUN Kerdau.
Majlis Jamuan Hari Raya 2018

Majlis Jamuan Hari Raya 2018

TEMERLOH, 29 Jun 2018-Majlis Jamuan Hari Raya pada tahun ini telah diadakan di Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh pada 29 Jun 2018 (Jumaat). Pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir telah dilakukan oleh Pegawai Daerah Temerloh pada malam itu.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 125 kali.


Kembali ke Atas