Arkib Berita

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen PDT Temerloh ke SUKTAP

Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen PDT Temerloh ke SUKTAP

Temerloh, 9 Ogos 2019-Majlis penyerahan bendera kontinjen Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh ke SUKTAP telah diadakan di Bilik Gerakan PDT Temerloh. Selain itu, sesi penyerahan beg dan baju sukan kepada para peserta oleh Pegawai Daerah Temerloh. Antara acara yang dipertandingkan ialah bola sepak,ping pong,karom,dart,boling,golf dan congkak. Kejohanan akan berlangsung pada 16 hingga 18 Ogos 2019 di Universiti Malaysia Pahang.
Kejohanan Sukan Pentadbiran Tanah dan Daerah Negeri Pahang

Kejohanan Sukan Pentadbiran Tanah dan Daerah Negeri Pahang

Temerloh, 5 Ogos 2019-Bermula bulan ini, Kejohanan Sukan Pentadbiran Tanah dan Daerah Negeri Pahang kali ke 5 telah bermula. Kesemua Pejabat Daerah dan Tanah menyertai kejohanan ini. Acara yang dipertandingkan ialah bola sepak, boling, congkak, bola jaring dan dart. Kemuncak kejohanan ialah pada 16 hingga 18 Ogos 2019 bertempat di Universiti Malaysia Pahang.
Taklimat Ergonomik & Penjagaan Tulang Belakang

Taklimat Ergonomik & Penjagaan Tulang Belakang

Temerloh, 5 Ogos 2019- Satu Taklimat Ergonomik & Penjagaan Tulang Belakang telah diadakan pada 5 Ogos 2019 ( Isnin) yang lalu bertempat di Bilik Gerakan Tingkat 3, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Penceramah jemputan iaitu Puan Nurul Ain Binti Kadir pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Mentakab telah dijemput untuk menyempurnakan taklimat ini.
Bengkel Pelupusan Rekod

Bengkel Pelupusan Rekod

Temerloh, 1 Ogos 2019- Satu Bengkel Pelupusan Rekod telah diadakan pada 1 Ogos 2019 hingga 2 Ogos 2019 ( Khamis & Jumaat ) yang lalu bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Penceramah jemputan iaitu Puan Syazwani Binti Salleh pegawai dari Arkib Negara Malaysia Negeri Pahang telah dijemput untuk menyempurnakan bengkel ini. Bengkel ini juga telah disertai oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Pejabat Daerah & Tanah Temerloh.
Program Pemantapan Modul Insan Anjuran Kelab Sinar Gemilang

Program Pemantapan Modul Insan Anjuran Kelab Sinar Gemilang

​Temerloh, 19 Julai 2019-Satu Program Pemantapan Modul Insan Siri ke 4 telah diadakan pada Jumaat yang lalu bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Program ini dianjurkan oleh Kelab Sinar Gemilang, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh. Pegawai Daerah Temerloh juga turut hadir bersama program ini. Majlis bersurai pada jam 10.15 pagi.
Hari Kelepasan Am Negeri Pahang

Hari Kelepasan Am Negeri Pahang

HARI KELEPASAN AM PADA 30 DAN 31 JULAI 2019 Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang, menerusi mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri pada 12 Jun lepas, telah memutuskan agar Hari Kelepasan Am bagi seluruh negeri Pahang ditetapkan selama dua hari pada 30 dan 31 Julai 2019 (Selasa & Rabu). Ia adalah bersempena dengan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai juga ialah Hari Pertabalan Baginda sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Oleh kerana dua peristiwa yang berbeza jatuh pada hari yang sama tersebut, Kerajaan Negeri membuat keputusan untuk memberikan Hari Kelepasan Am pada kedua-dua hari berkenaan sebagai menandakan peri mustahaknya.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 128 kali.


Kembali ke Atas