Arkib Berita

Majlis Jasamu Dikenang Anjuran Kelab Sinar Gemilang

Majlis Jasamu Dikenang Anjuran Kelab Sinar Gemilang

Temerloh, 1 November 2019-Satu majlis Jasamu Dikenang telah diadakan di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh pada jam 8.30 pagi. Majlis ini diadakan untuk meraikan perpisahan pegawai yang akan bertukar. Pegawai Daerah Temerloh juga turut hadir di dalam majlis tersebut dengan memberikan ucapan kepada yang hadir. Majlis bersurai pada jam 10.00 pagi.
Karnival Mini Komuniti Bersama Agensi

Karnival Mini Komuniti Bersama Agensi

Temerloh, 22 Oktober 2019-Satu majlis Karnival Mini Komuniti Bersama Agensi telah diadakan di Perkarangan Masjid Kampung Raja, Songsang, Temerloh. Majlis ini bermula pada 9.00 pagi anjuran Kelab Sukarelawan Hebat Temerloh, MPKK Kg. Songsang, Masjid Kampung Raja Temerloh. Majlis berjalan lancar dan bersurai tepat jam 5.00 petang.
Majlis Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Temerloh

Majlis Sambutan Bulan Sukan Negara Peringkat Temerloh

Temerloh,19 Oktober 2019-Majlis Sambutan Bulan Sukan Negara telah diadakan di Dataran Tok Gajah, Temerloh dengan jayanya. Pegawai Daerah Temerloh juga turut serta di dalam program tersebut. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti senamrobik, fitness challenge, futsal, sukaneka dan pelbagai acara lain.
Program Memasak Bubur Asyura Anjuran KSG

Program Memasak Bubur Asyura Anjuran KSG

Temerloh,3 Oktober 2019-Program memasak bubur asyura telah dijalankan di hadapan surau Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh berjalan dengan jayanya. Kakitangan wanita menyiapkan segala bahan memasak dan kakitangan lelaki pula membantu memasak bubur asyura. Pegawai Daerah Temerloh juga turut serta bagi menjayakan program ini. Program bersurai pada jam 4.00 petang.
Penutup Audit Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah 2019

Penutup Audit Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah 2019

Temerloh, 19 September 2019-Majlis penutupan Audit Penarafan Bintang (SSR) Pentadbiran Tanah tahun 2019 telah diadakan di Bilik Gerakan PDT tepat jam 10.30 pagi. Pegawai Daerah memberikan kata-kata aluan dan auditor memulakan rumusan hasil dapatan audit mereka. PDT Temerloh telah meraih 4 bintang dengan markah 88.80 % secara keseluruhannya.
Pembukaan Selamat Datang Pasukan Audit Penarafan Bintang (SSR)

Pembukaan Selamat Datang Pasukan Audit Penarafan Bintang (SSR)

Temerloh, 18 September 2019-Pembukaan selamat datang kepada pasukan audit sangat dialu-alukan ke Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh bertempat di Bilik Gerakan PDT. Kesemua panel auditee turut hadir semasa pembukaan tersebut yang dimulai dengan ucapan ringkas Pegawai Daerah Temerloh. Seramai 6 orang auditor yang turut serta di dalam audit SSR pada tahun ini.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 128 kali.


Kembali ke Atas