Arkib Berita

Program Derma Darah Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh

Program Derma Darah Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh

Temerloh, 23 Disember 2019-Satu kempen derma darah telah diadakan di Pejabat Penghulu Mukim Perak, PDT Temerloh oleh Unit Derma Darah Bergerak, HOSHAS Temerloh. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 1.00 petang tadi. Kempen ini disambut baik oleh kakitangan PDT Temerloh dan jabatan-jabatan di sekitarnya. Program telah berjalan dengan lancar. Syabas diucapkan kepada penderma darah hari ini.
Lawatan YAB Menteri Besar Pahang ke Pusat Pemindahan Sementara Banjir Sekolah Rendah Batu Kapor, Mentakab, Temerloh

Lawatan YAB Menteri Besar Pahang ke Pusat Pemindahan Sementara Banjir Sekolah Rendah Batu Kapor, Mentakab, Temerloh

Temerloh, 20 Disember 2019-YAB Menteri Besar telah membuat lawatan ke Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Rendah Batu Kapur, Mentakab pada jam 10.00 pagi. Pegawai Daerah Temerloh juga turut mengikuti lawatan tersebut. Statistik jumlah mangsa yang terlibat adalah 79 keluarga iaitu seramai 283 orang mangsa.
Program Gotong-Royong PDT Temerloh bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat

Program Gotong-Royong PDT Temerloh bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat

Temerloh, 20 Disember 2019-Satu program gotong-royong telah diadakan di sekitar Blok A, B dan C PDT Temerloh bersama kakitangan Jabatan Bomba dan Penyelamat pada pagi tadi. Pembersihan dilakukan di kawasan longkang-longkang, pejalan kaki dan koridor. Gotong-royong selesai pada jam 11.00 pagi dengan jayanya.
Program Biasiswa Sekolah Rendah Tahun 2020 Yayasan Pahang

Program Biasiswa Sekolah Rendah Tahun 2020 Yayasan Pahang

Temerloh, 16 Disember 2019-Satu program biasiswa anjuran Yayasan Pahang telah diadakan di Dewan Tun Razak Temerloh. Program penyampaian biasiswa sekolah rendah tersebut bermula pada jam 2.30 petang. Pegawai Daerah Temerloh juga turut hadir bersama di dalam program itu. Majlis berjalan dengan lancar dan bersurai pada jam 4.00 petang.
Program Senamrobik KOSPEN Plus Anjuran PDT Temerloh

Program Senamrobik KOSPEN Plus Anjuran PDT Temerloh

Temerloh, 13 Disember 2019-Program Senamrobik KOSPEN Plus telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Daerah PDT Temerloh pada Jumaat yang lalu di Taman Bandar Temerloh. Senamrobik tersebut telah diketuai oleh kakitangan Pejabat Kesihatan Temerloh. Kakitangan PDT Temerloh mengikut rentak senamrobik dengan jayanya sehingga selesai tepat jam 10.30 pagi.
Program Perhimpunan YAB Menteri Besar Pahang bersama Penjawat Awam Negeri Pahang

Program Perhimpunan YAB Menteri Besar Pahang bersama Penjawat Awam Negeri Pahang

Temerloh, 2 Disember 2019-Satu perhimpunan YAB Menteri Besar bersama penjawat awam di Facebook Live telah diadakan di Bilik Gerakan PDT Temerloh. Ketua-ketua jabatan lain turut serta di dalam perhimpunan tersebut. Pegawai Daerah juga turut serta mendengar amanat yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang. Perhimpunan bersurai pada jam 11.00 tengah hari dengan jayanya.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 125 kali.


Kembali ke Atas