Berita

PKPD 4 Perkampungan Di Daerah Temerloh
14 Apr 2021
Temerloh, 14 April 2021-Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan 4 Perkampungan Di Daerah Temerloh iaitu di Kampung Paya Pulai Tengah, Kampung Pulau Terap, Kampung Paya Pulai Batu 4 dan Batu 5 bermula pada 14 April 2021 sehingga 27 April 2021.
Majlis Serahan Misi Bantuan Prihatin Banjir oleh Kementerian Kewangan Malaysia
13 Apr 2021
Temerloh, 12 April 2021- Majlis Serahan Misi Bantuan Prihatin Banjir oleh Kementerian Kewangan Malaysia Bagi Daerah Temerloh telah diadakan pada Isnin, bertempat di Dewan Dato' Zaharuddin Abu Kasim, Kerdau pada jam 8.30 pagi. Seramai 200 keluarga telah menerima bantuan ini.

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Tahun 2020 Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh
09 Apr 2021
Temerloh, 9 April 2021- Majlis Apresiasi Kecemerlangan Tahun 2020 Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh telah diadakan pada 8 April 2021 bertempat di Dewan Srikandi Cintaku, Mentakab. Seramai 15 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang telah diraikan pada petang itu.
Bantuan Prihatin Pahang Murid Darjah 1 Dun Kerdau
05 Apr 2021
Temerloh, 5 April 2021- Bantuan Prihatin Pahang Murid Darjah 1 Tahun 2021 Dun Kerdau telah diadakan di Dewan Terbuka Rumpun Makmur tepat jam 9.30 pagi tadi. Seramai 90 penerima telah hadir bagi menerima bantuan ini dengan mengikut SOP yang ditetapkan.
Majlis Serahan Bantuan Prihatin Kepada Pengerusi JKKK
29 Mar 2021
Temerloh, 29 Mac 2021-Majlis Serahan Bantuan Prihatin Kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) telah diadakan pada jam 9.00 pagi tadi di perkarangan kediaman YB. Dato Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad dengan lancar.

Lawatan Tapak Oleh Pahang Water and Energy Resouces Sdn Bhd Bagi Program Net Energy Metering
26 Mar 2021
Temerloh, 23 Mac 2021- Satu lawatan tapak oleh Pahang Water and Energy Resouces Sdn Bhd bagi program Net Energy Metering ke Bangunan Kerajaan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh pada Selasa yang lalu bermula jam 3.00 petang.
Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 644 kali.
Kembali ke Atas