Perutusan Pegawai Daerah

                          PERUTUSAN PEGAWAI DAERAH

                                                                                     

                                                                                

                                                                                   YH DATO' RAZIHAN BIN ADZHARUDDIN


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Selamat datang diucapkan kepada pengunjung Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Sejajar dengan kepesatan kemajuan ICT dan dalam usaha untuk meningkatkan sistem penyampaian kerajaan, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh  telah membangunkan dan menambahbaik laman web untuk pihak pelanggan melalui kemudahan teknologi maklumat.

Saya juga berharap, segala maklumat yang disalurkan melalui laman web ini akan dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh semua pelanggan di Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh khususnya.

Saya percaya melalui paparan maklumat terkni dan berita-berita semasa berkaitan dengan perancangan dan pembangunan daerah Temerloh ini, para pengunjung sekalian akan dapat mengetahui dan mengenali mengenai peranan, tanggungjawab dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Saya mengalu-alukan pandangan membina daripada pengunjung laman web ini bagi memantapkan lagi pengurusan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh dan kemudahan yang disediakan.

Selamat melayari Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh dan diharap tuan/puan akan terus mengunjunginya lagi pada masa hadapan.

Tarikh Kemaskini: 07/11/2019 09:33:38

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 913 kali.


Kembali ke Atas