KAMPUNGSTAY DESA MURNI

Kampungstay Desa Murni adalah sebuah penginapan yang sungguh mendamaikan jiwa. Atmosfera kampungnya cukup terasa dengan binaan-binaan yang diperbuat daripada kayu.

Setelah bersantai di dalam bilik yang penuh keselesaan ini, anda boleh merancang untuk menerokai kawasan sekitar kampung dengan menaiki basikal sewa yang disediakan pihak penginapan. Setelah itu, anda juga boleh memenuhkan hari dengan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang ditawarkan seperti mencanting batik dan memancing.

Mengenai fasilitinya pula,  Kampungstay Desa Murni lengkap dengan kemudahan wifi, kolam renang dan taman permainan kanak-kanak. Bukan itu sahaja, khidmat rawatan spa, sauna dan bekam turut ditawarkan. Segala kemudahan ini boleh dinikmati dari harga penginapan yang bermula bawah daripada RM150.

Alamat: Kampungstay Desa Murni, Lot 1674, Jalan Homestay, Desa Murni Sanggang, 28020 Temerloh.



Tarikh Kemaskini: 18/07/2019 11:15:01

Halaman ini sudah dipaparkan sebanyak 9 kali.


Kembali ke Atas