Laman Web Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh

Font Size

Menu Style

Cpanel

SEJARAH TEMERLOH

SEJARAH TEMERLOH

Daerah Temerloh, sebelum ketibaan peneroka dari luar merupakan kawasan yang di diami oleh kelompok- kelompok Orang Asli dengan beberapa penempatan kaum asal ini masih wujud sehingga kini. Sekitartahun 1620an, adalah dipercayai kumpulan keluarga bangsawan danpenduduk dari Kerajaan Acheh yang sedang menakluk Negeri Pahang telah meneroka kawasan di pinggir Hulu Sungai Pahang. Beberapa penempatan baru telah dibuka oleh kumpulan masyarakat Minangkabau ini seperti Chenor, Kuala Bera, Kuala Triang, Kg Mengkarak dan Lebak. 

     Apabila kelompok pendakwah dan peneroka ini tiba di sebatang muara anak sungai yang didiamai oleh Orang Asli, mereka telah melihat terdapatkumpulan Orang Asli yang leka tidur di tebing muara anak sungai tersebut. Tidur dalam istilah tempatan di sebut 'MERELOH'  dan mengambil kejadian tersebut, kumpulan peneroka berkenaan menamakan anak sunagi tersebut dan kawasan penempatan baru di sekitarnya sebagai MERELOH. Kumpulan peneroka ini seterusnya membuka penempatan baru di sekitar Kuala Sungai Semantan sekarang.

        Peneroka dan pembukaan penempatan di Kuala Sungai Semantan oleh masyarakat Minangkabau ini telah menarik minat lebih ramai masyarakat lain datang. Selain bermastautin, masyarakat juga telah membuka pusat pengajian Agama Islam dan pusat peniagaan yang penting di Kuala Sungai Semantan. Adalah dipercayai, selain dari penduduk sekitar, peniaga dari Ulu Pahang, Kelantan, Raub, Bentong serta dari penempatan- penempatan hilir Sungai pahang telah menjadikan Kuala Sunagai semantan sebagai pusat perniadaan yang penting. Rentetan dari itu, adalah dipercayai sebutan TEMERLOH mula digunakan oleh peniga dan penduduk yang merujuk kepada sebutan MERELOH.

                 Perkembangan penempatan dan pusat perniagaan di TEMERLOH semakin berkembang dengan ketibaan lebih ramai penduduk di sekitar Nusantara. Adalah dipercayai urusan perniagaan ketika itu telah menggunakan matawang tempatan sendiri yang di beri nama NUKUD SEMANTAN. Kemajuan penempatan ini juga dipengaruhi oleh kemakmuran dan struktur pemerintahan beraja yang diamalkan di Negeri Pahang. Jawatan-jawatan pemimpin masyarakat seperti Orang Kaya Indera Segara Temerloh, Orang Kaya Berlapan, Orang Kaya Enam Belas dan Penghulu adalah wakil kepada istitusi pemerintahan Beraja di sekitar Temerloh. Peneroka penempatan telah dilakukan oleh penduduk dengan membuka penempatan baru di sepanjang Sungai Semantan seperti di Sonsang, Pasir Rawa, Lubuk Terua sehingga ke sempadan Bentong. Manakala penempatan baru di Sepanjang Sungai Pahang seperti Kg Bangau, Kg Sanggang, Kg Berhala Gantang, Kg Gunung Senyum, Kuala Krau sehingga ke Lubuk Perlang.

                   Ketibaan Inggeris di Negeri Pahang telah mengubah lanskap penempatan dan kemajuan Daerah Temerloh. Melalui sistem pentadbiran Residen Inggeris dan penggunaan Sistem Torrens dalam pentadbiran tanah, daerah Temerloh telah diwartakan dan Pentadbiran Daerah dan Tanah dipecah mengikut Mukim-Mukim. walaupun pihak Inggeris mendapat tentangan dari masyarakat tempatan namun Sistem Pentadbiran yang diperkenalkan oleh mereka bertambah dan terus digunakan sehingga sekarang.

 

Kami mempunyai 142 tetamu dan tiada ahli di talian

ALAMAT KAMI

Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh,

Kompleks Pejabat Dan Tanah Temerloh,

28000 Temerloh,

Pahang Darul Makmur.

Tel : 09-2901313

Fax : 09-2964963 / 09-2961561

Emel : Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

Facebook : Pdt Temerloh (Rasmi)

 

PAUTAN AGENSI

 

STATISTIK PELAWAT

709028
Hari IniHari Ini1417
SemalamSemalam1329
Minggu IniMinggu Ini8313
Bulan IniBulan Ini31395
KeseluruhanKeseluruhan709028