09/06 2012

PENGENALAN

PEJABAT DAERAH DAN TANAH TEMERLOH ini telah ditubuhkan pada tahun 1889. Daerah Temerloh terletak di sempadan daerah Maran sebelah timur, daerah Bentong di sebelah barat, dan daerah Bera di sebelah selatan. Sekiranya kedudukan ini diambil kira, maka daerah ini mempunyai kelebihan berbanding daerah yang lain di Negeri Pahang. Tambahan pula kedudukan geografinya yang berada di tengah-tengah Semenanjung Malaysia.

Keluasan daerah Temerloh ialah 2,250 km persegi iaitu bersamaan 225070 hektar. Keseluruhan kawasan dibahagi kepada 2 kategori utama iaitu kawasan Majlis Perbandaran seluas 1442 km persegi dan kawasan luar Majlis Perbandaran seluas 808 km persegi.

Terdapat 10 mukim di daerah Temerloh iaitu Mukim Bangau, Mukim Jenderak, Mukim Kerdau, Mukim Lipat Kajang, Mukim Lebak, Mukim Mentakab, Mukim Perak, Mukim Songsang, Mukim Sanggang dan Mukim Semantan.