08/16 2012

PIAGAM PELANGGAN

 

Kami Pegawai dan Kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh berjanji akan :

1. Menjelaskan semua tuntutan bil-bil dan invois yang sempurna dalam tempoh 14 hari;

2. Menyempurnakan pembinaan projek-projek kecil (PIA/PIAS/PEKA/PAMS/keagamaan/peruntukan Ahli Parlimen/PBR/Dana Khas) dalam tahun kewangan berkenaan;

3. Menyelesaikan permohonan perizapan tanah kerajaan dan pemberimilikan tanah kerajaan dalam tempoh 18 bulan;

4. Menyelesaikan permohonan lesen pendudukan sementara dalam tempoh 12 bulan;

5. Menyempurnakan pendaftaran hakmilik kekal dalam tempoh 30 hari;

6. Menyempurnakan pendaftaran urusniaga dalam tempoh 1 hari;

7. Menyempurnakan pendaftaran bukan urusniaga dalam tempoh 28 hari bekerja;

8. Memproses permohonan kebenaran pindahmilik/menggadai/pajakan dalam tempoh 7 hari bekerja;

9. Memproses permohonan baru Permit Bahan Batuan Tahunan (Permit 4B dan 4C) dalam tempoh 6 bulan;

10. Memproses permohonan memperbaharui Permit Bahan Batuan Bulanan (Permit 4C) dalam tempoh 2 bulan;

11. Menyelesaikan penerimaan semua jenis hasil dalam tempoh 30 minit;

12. Menyelesaikan permohonan tukar syarat pertanian kepada pertanian dalam tempoh 2 bulan;

13. Menyelesaikan permohonan serahbalik dan berimilik semula dalam tempoh 6 bulan;

14. Menyelesaikan permohonan pecah sempadan/bahagian/penyatuan tanah dalam tempoh 6 bulan;

15. Menyelesaikan permohonan Serahbalik Semua/Sebahagian Tanah dalam tempoh 6 bulan;

16. Menyelesaikan permohonan Lesen yang Memabukkan dalam tempoh 1 bulan; dan

17. Memproses Aduan pelanggan dalam tempoh 14 hari bekerja.

 

PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN JANUARI HINGGA DISEMBER 2014